Total Pageviews

Monday, May 30, 2011

Aku Di Kedai Mamak

Ok, ceritanya lebey kurang mcm ni, lepas mkn kat TGI, aku pun mengajak boipren aku gi jenjalan kat uptown, walopun kaki dia sakit denyut2 sbb tersadung kat TGI td sampai luka2, dia still ikotkan aku punye kerenah. Haehh... Lepas tu jln punya jln nk cari baju kemeja merah tp xde yang bekenan. tp tersinggahla kat kedai yang buat karikatur kat badges. buatla satu. tunggu punya tunggu, skali hasilnya jadikla muka yang bukan muka aku. walaupun tekejut dgn hasilnya, boipren aku byr jugakla. mereng btol abg yang lukis tu. sengal gile. nak marah ngan nk gelak tu aku pon kompius. pastu dah penat, dahagala pulak, maka sampailah aku disini kedai mamak untuk minum air. Tak sempat minum lagi dah terpandang bende yang menjijikkan kat channel NGWild kat skrin besar ni. Haehh lg... layan blog jela. Sekian

Thursday, May 26, 2011

Mereng

Actually, aku nk update blog, tapi aku dah kehabisan idea. Maka, merenglah aku seketika kerana tidaklah tahu hendak ditulis apa. Gila kan? Tapi, bakal ku update jua. Supaya penulisan aku tidak berkarat seperti paip air! Sekian, Mekasih!!!

Wednesday, March 23, 2011

Mister Potato

Best jgk jd awek ni. Jalan punya jalan punya jalan, tiba-tiba kene ngorat. Lagi best, boleyh pulak mamat tu menghulur 2 paket Mister Potato. Orang dah bagi, ambil jela. Habis tyme tu gak walaupun xnk layan mamat tu sgt. Member aku (Syasya) bising memekak je bila aku ambil. tpi, last-last, dia yang bantai makan jugak. Hampeh.

Tuesday, March 22, 2011

Bila Keinginan Dihalang

Aku memang tidak boleh sabar sekiranya aku disalah erti. Bila niat dipandang serong. Bila kehendak dipandang sepi. Amarah yang membengkak seakan gunung berapi yang bakal meletus. Sakit hatiku bukan kepalang andainya bahasa juga pengiring ketidakizinan! Sekurangnya biarlah jawapan yang kurang melukakan. Daripada baik meminta izin, lebih baik aku teruskan saja tanpa bertanya!

Wednesday, March 9, 2011

Tolong

aku sedang mencari sedikit kepastian untuk aku sendiri. tapi aku lupa, mereka juga punya masalah sendiri. kenapa yang lain selalu tidak memahami. kenapa mereka sentiasa menambah kelirukan masa dan keadaan. susah untuk difahami tapi rasanya bukan sukar juga untuk mencuba. yang sukar itu yang dicari kadang kala. aku makin keliru dan bingung. mungkin harus pasrahkan sahaja.

Wednesday, February 16, 2011

Penatlah

orang lain mesti seronok je menikmati apa yg mereka ada. aku? kenapa makin hari makin membingungkan? aku penat meneruskan hari seperti ini. apakah mereka ini melihat aku seperti patung andalusia seperti yang tersorot dipenjuru rumah itu? kalaulah ini yang dinamakan ujian, mestinya aku org pertama yg gagal. macam nk terjun dari  helikopter. berdengung bising. aku seperti mati perasaan.menakutkan. mcm monster je rasanye.pelik dunia baru. seperti puzzle berterabur. seperti kaca yg pecah. seperti apa bentuknya? mungkin mereka tidak mengerti. aku mencari keselesaan hati. bukan jasad.aku kebingungan.berperang dengan hati sendiri.ada bisik2 jahat. ada bisik2 sedih.gema ketawa yg menepuk telinga.hanya aku yang rasa.kamu semua hanya berkata motivasi yang tak lagi telus.hanya simpati.aku ini apa? aku sudah tidak pasti. banyak yg perlu dibelajar.kata mereka dulu aku seorng yg pintar.serbatahu.yang aku tahu, hanya mereka yang memeluk aku tatkala aku sendirian.dengan itu aku harus cuba bertahan.

Tuesday, February 8, 2011

Merdeka tapi bingung

terlalu banyak yang mahu aku coret hinggakan tidak tahu yang mana harus aku mulakan.